MENGENAI KAMI



Mengenai Kami

Atas kesedaran dan penyatuan Mahasiswa Anak Perak di Universiti Pendidikan Sultan Idris , maka lahirlah Himpunan Anak Darul Ridzuan dalam tahun 2010. Idea penubuhan ini telah tercetus ekoran daripada Himpunan Mahasiswa Anak Perak 2010 di Bukit Jana, Taiping. Bermula dari titik tolak itu, penubuhan HADARI telah digerakkan oleh Mohd Asri Bin Abdul Aziz. Pada peringkat awal, HADARI telah berjaya melakukan dan menyertai beberapa aktiviti dengan kerjasama dan sokongan daripada beberapa pihak seperti Kerajaan Negeri dan Pertubuhan Bukan Kerajaan. Setelah menempuhi liku-liku cabaran, akhirnya HADARI telah berjaya ditubuhkan secara rasmi pada malam Jumaat, 7 Oktober 2011. Majlis Pelancaran yang bertempat di Dewan Banquet, UPSI tersebut telah disempurnakan oleh Y.B. Dato’ Mohammad Zahir B. Abd. Khalid selaku Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, ICT dan Sains Teknologi Negeri Perak.
321861_299614553386319_100000133313354_1433284_48622856_o
VISI

Kegemilangan SITC Inspirasi Mahasiswa Anak Perak UPSI

MISI

Memperkasa dan mengeratkan hubungan Mahasiswa Anak Perak di Universiti Pendidikan Sultan Idris bagi melahirkan Anak Negeri Perak yang holistik, bercirikan keusahawanan yang seimbang

M0T0

Ukhuwah, Kepimpinan, Versatail

Comments

Popular posts from this blog

HADARI PREVIEW