MAKANAN POPULAR PERAK

Di Ipoh, kebanyakan makanan yang popular ialah makanan yang bercirikan masyarakat Cina seperti Kopi Puteh, Ayam Taugeh dan Chee Cheong Fun. Kebanyakan makanan Cina ini boleh didapati di Pekan Lama Ipoh atau kopitiam-kopitiam. Kopi Puteh di Ipoh sebenarnya bukanlah berwarna putih seperti dimaksudkan tetapi kopi hitam yang mengeluarkan aroma berlainan kopi lain dan berbuih perang keputih-putihan.

Namun begitu, terdapat juga makanan masyarakat India yang terkenal di sini seperti Nasi Kandar dan Kacang Puteh. Nasi Kandar atau lebih dikenali sebagai 'Nasi Ganja' paling sedap dan digemari oleh orang-orang Ipoh ialah di Kedai Vanggey di Jalan Yang Kalsom dan Medan Selera Dato'Sagor. Untuk merasai masakan Melayu, jangan lepaskan peluang untuk menikmati Mi Rebus di Restoran Mi Rebus Ramli dan Ikan Bakar di Restoran Tasik Raban yang tersohor dengan masakan kampung. Bagi yang ingin jimat, anda boleh menjamu selera di Medan Selera Stadium di mana terdapatnya Nasi Ekonomi dan Nasi Berlauk Ayam yang hanya berharga RM2.

Selain makanan laut, Taiping juga terkenal dengan cendol. Cendol yang popular di bandar ini ialah di Gerai Cendol Bismillah, Jalan Stesen dan Cendol Kamunting. Minuman manis ini juga amat terkenal di Kuala Kangsar dan Ipoh. Di Kuala Kangsar, cendol ini dijadikan juadah menjamu selera bersama-sama Laksa Kuala Kangsar yang lazat. Pengunjung boleh menikmati kedua-dua makanan ini di Medan Selera Kuala Kangsar dengan melihat pemandangan indah tebing Sungai Perak. Mengenai laksa, Laksa Kuala Kangsar ini mempunyai kelainan dari laksa tempat lain dari segi kepekatan kuahnya.
Rendang Tok merupakan makanan tradisi Perak. Ia tidak asing lagi dalam masyarakat Melayu terutama di Lembah Sungai Perak dari Kuala Kangsar hingga Teluk Intan. Makanan ini diperbuat daripada daging yang dipotong dadu. Kebiasaannya masakan tradisi ini sering dimakan bersama lemang, lebih-lebih lagi semasa Hari Raya Aidilfitri.

Rendang Tok merupakan makanan tradisi Perak. Ia tidak asing lagi dalam masyarakat Melayu terutama di Lembah Sungai Perak dari Kuala Kangsar hingga Teluk Intan. Makanan ini diperbuat daripada daging yang dipotong dadu. Kebiasaannya masakan tradisi ini sering dimakan bersama lemang, lebih-lebih lagi semasa Hari Raya Aidilfitri.

Comments
Post a Comment